ahad, 22 februari 2009.
7.06 pm.
genap seminggu si dia menghilang.
genap seminggu juga aku diam.
PENGUMUMAN:
dengan ini, secara rasmi nya, saya yang bernama lisa farhana binti abdul razak telah menjadi janda, semula.
ya. aku single. kenapa? tak percaya?
resolusi tahun baru ku perlu diubah semula, terpaksa.
usah ditanya bila.
usah ditanya mengapa.
usah ditanya bagaimana.
tiada ku rasa sedih.
tiada air mata berlinangan.
apatah lagi bercucuran.
bahkan aku rasa bahagia.
tak perlu hidup berpura-pura.
tak perlu lagi bertikam lidah.
aku sakit hati. si dia amarah.
tak perlu ku teruskan kehidupan seperti itu lagi.
namun jiwaku tidak tenteram.
tiada lagi perhatian 24 jam sehari.
tiada lagi kiriman sms cinta.
tiada lagi suara gelak ketawa di corong telefon.
tiada lagi si dia.
apakah ini petanda bahawa ku merindui diri nya?
oh tidak sama sekali.
ku temui mr right sudah.
atau adakah dia bukan orang nya?
yang nyata aku mudah jatuh cinta.
yang nyata juga aku sering dikecewa.
persoalan demi persoalan timbul di minda.
adakah dia berperasaan yang sama?
adakah aku terlalu mengharap?
adakah aku bermain dengan perasaan ku sendiri?
yang pasti aku tiada jawapan nya.
p/s: ke-skema-an ku adalah inspirasi daripada penulis-penulis yang beraspirasi. sila check witty writers for more info.
dan juga tatkala aku ingin melelapkan mata.
dan semasa di dalam kamar mandi. ;P
rasa untuk menulis membuak-buak.
idea mencurah-curah ke ladang gandum.
hahaha.
as much as I lalalove English,
tapi aku rasa sekali-sekala memartabatkan Bahasa Melayu tak salah kan? Bahasa Jiwa Bangsa. ;)
2 comments:
aik bukan taken ke..?
apsal tetibe single plak...?
no la. im single again. ;)
Post a Comment