March 21, 2009

si gadis dan kebodohannya.

di suatu senja, seorang gadis duduk bersendirian sambil tertanya-tanya;

bodoh kah aku kerana menyukai seseorang yang telah menolak aku buat sekian kali kerana takut pada komitmen dan jatuh cinta pada nya kembali?

lama si gadis terdiam. kemudian dia tertanya lagi.

bodoh kah aku kerana menyukai seseorang selama tiga tahun yang hanya sekarang dia menyedari kewujudan ku? adakah harus aku meluahkan atau hanya menunggu sesuatu yang belum pasti?

air mata si gadis bergenangan. kemudian dia tertanya lagi.

bodoh kah aku kerana meninggalkan seseorang yang betul-betul cinta pada ku dan sehingga kini masih menunggu cinta ku bertaut pada nya semula?

apa pendapat kalian? bodoh kah si gadis tersebut?

bagi aku, si gadis itu tidak bodoh.
aku kasihan pada nya.
si gadis tak mampu membezakan definisi cinta dan suka.

bagi aku, cinta yang paling agung hanya lah pada yang satu, Allah SWT yang Maha Esa.

aku berpegang pada prinsip;
john tucker must die. every guy must die! hahaha! ;D

p/s: ini hanya lah fiksyen semata-mata. tiada kaitan dengan aku, kot. ;P

March 16, 2009

tagged again by kakak makcik. ;)

tagged by nurul aka kakak makcik. (tgh bosan thp gaban, tade mood sbb tu buat. hahaha. ;P)


PERATURAN TAG:
* Open your library (iTunes, Winamp, Media Player, iPod, etc)
* Put it on shuffle
* Press play
* For every question, type the song that’s playing
* When you go to a new question, press the next button
* Once completed, tag 5 other people

DON’T CHEAT!

Opening Credits:
Picture by Kid Rock (feat Sheryl Crow)
- a very sad song indeed about two people who cant be together eventhough they like each other. ade kah kes ini serupa dgn kes "kami"? hurm hurm.

Waking Up:
Miserable at Best by Mayday Parade
- yeah! sangat setuju! im miserably susah nak bangun pagi! haha. ;P

First Day At School:
How Far We've Come by Matchbox Twenty
- how can we be far when we just set our foot into the school?

Puppy Love:
Holiday by Greenday
- yeah yeah yeah. when i was on vacations, i got struck by puppy loves quite some time. ;)

Fight Song:
The Anthem by Good Charlotte
- i dont ever wanna be just like you! this is a fight song eh? ;)

Breaking Up:
Walking Along by Greenday
- walking along when you've broken up. that is true. ;)

Prom:
You Versus The Sea by Daphne Loves Derby
- a good song indeed for a cool prom nite. i so wanna dance to this beat with a guy. ehem ehem. who wants to be my prom date?

Life is Good:
When The Sun Goes Down by Arctic Monkeys
- life is good when the sun goes down! hell yeah! i lalalove u alex turner! hugs and kisses. ;P

Driving:
All Black by Good Charlotte
- ni time drive malam2 kot. huhu. scarrry! tak pernah drive malam2 oh.

Flashback:
Where You'd Go by Fort Minor
- this song brought back memories. sedeynye! hurm hurm.
where'd you go, i miss u so~
since like its been forever that you've been gone~
please come back home~

True Love:
The Town's Been Talking by The Maine.
- woo. ni cam gossip pasal aku dan ehem ehem je. is he my true love? please let it be him. ;P

Wedding:
Days End by Ivoryline
- so true. once we got married, our jolly days will be ended. hahaha. ;D

Moment of Triumph:
Stuck With Me by Greenday
- tade kene mengena langsung la dey!

Death Scene:
My Paradise by All Time Low
- woo. hopefully it will be true; heaven is a paradise right? ;)

Funeral Song:
Love Machine by Arctic Monkeys
- ape kejadah? huhu.

End Credits:
Cancer by My Chemical Romance
- aiyark. cancer la pulak. takut2. huhuhu.

siap sedia untuk ditag:
1. zaki akizaki.
2. cik lizi.
3. kakak makcik, dh tatau nk tagged sape.
4. sahabat handai ku di fesbuk yang membaca nota kakikukukakaku ini. ;P
5. sape-sape la yang baca blog ku yan tah hape-hape ini.

March 7, 2009

cemburu melihat mereka-mereka itu.

aku cemburu.
cemburu melihat mereka-mereka itu.
mereka-mereka yang berpasang-pasangan.
di kiri ku lihat rancak berbual.
si lelaki berwajah jambu, si perempuan berwajah comel.
sangat cocok sekali.
di kanan ku lihat duduk berapatan.
kurang cocok sedikit, namun mesra berduaan.

rasa hiba tiba-tiba menerpa.
rasa sedih pabila memikirkan.
rasa kesal tiada gunanya.
ku tahankan jua air mata yang ingin mengalir.

hati ini rasa sayu.
sayu pabila mengenangkan harapan yang tiada berkesudahan.
adakah aku yang harus memulakan dahulu?
atau ku harus tunggu dan terus menunggu?
ku tak ingin jadi seperti dahulu.
meluahkan, dan dikecewakan.

itulah kali pertama luahan hati.
dan itu juga lah sekian terakhirnya.
aku tak ingin dikecewakan lagi.
aku tak ingin menangis lagi. :(

February 28, 2009

rumahku, syurgaku.

walaupun agak sukar untuk aku memperkatakannya,
aku harus akui.
benarlah apa yang dikata.
rumahku, syurgaku.
home sweet home.
there's just no place like home.
home is where the heart is.

biar ku tak tahan dengan bebelan mamaku,
biar ku tak sanggup mendengar rungutan ayahku,
biar ku tak gemar pabila mereka bergaduh,
biar ku sering bergaduh dengan adikku,
aku rindukan semua itu.

aku rindu masakan mama yang selalu masak banyak.
aku rindu bebelan nya. (believe it or not!)
aku rindu saat ayah membuat lawak nya.
aku rindu ke-sporting-an nya.
aku rindu nak window shopping dengan adik aku.
aku rindu nak panggil nya dengan nama yang bukan-bukan. (gila jahat.)

aku nak balik rumah!
pertama kali aku terpanggil untuk balik ke rumah.
biarpun baru sebulan berjauhan di upsi.
aku tidak karuan.

Ya Allah, ku pohon Kau beri kekuatan kepadaku,
tinggal dua minggu lagi untuk ku harungi hari-hari sukar sebelum ku pulang ke pangkuan keluarga tercinta.

" let me go home
i'm just too far, from where you are
i wanna come home. "
(michael buble - home)

February 22, 2009

tujuh hari kemudian.

ahad, 22 februari 2009.
7.06 pm.

genap seminggu si dia menghilang.
genap seminggu juga aku diam.

PENGUMUMAN:
dengan ini, secara rasmi nya, saya yang bernama lisa farhana binti abdul razak telah menjadi janda, semula.

ya. aku single. kenapa? tak percaya?
resolusi tahun baru ku perlu diubah semula, terpaksa.

usah ditanya bila.
usah ditanya mengapa.
usah ditanya bagaimana.

tiada ku rasa sedih.
tiada air mata berlinangan.
apatah lagi bercucuran.
bahkan aku rasa bahagia.
tak perlu hidup berpura-pura.
tak perlu lagi bertikam lidah.
aku sakit hati. si dia amarah.
tak perlu ku teruskan kehidupan seperti itu lagi.

namun jiwaku tidak tenteram.
tiada lagi perhatian 24 jam sehari.
tiada lagi kiriman sms cinta.
tiada lagi suara gelak ketawa di corong telefon.
tiada lagi si dia.

apakah ini petanda bahawa ku merindui diri nya?
oh tidak sama sekali.

ku temui mr right sudah.
atau adakah dia bukan orang nya?

yang nyata aku mudah jatuh cinta.
yang nyata juga aku sering dikecewa.

persoalan demi persoalan timbul di minda.
adakah dia berperasaan yang sama?
adakah aku terlalu mengharap?
adakah aku bermain dengan perasaan ku sendiri?
yang pasti aku tiada jawapan nya.


p/s: ke-skema-an ku adalah inspirasi daripada penulis-penulis yang beraspirasi. sila check witty writers for more info.

dan juga tatkala aku ingin melelapkan mata.
dan semasa di dalam kamar mandi. ;P
rasa untuk menulis membuak-buak.
idea mencurah-curah ke ladang gandum.
hahaha.


as much as I lalalove English,
tapi aku rasa sekali-sekala memartabatkan Bahasa Melayu tak salah kan? Bahasa Jiwa Bangsa.
;)

February 21, 2009

sepucuk surat kiriman tak rasmi buat sang cupid.

ke hadapan encik cupid chokehold.

saya nak buat satu aduan mengenai tindakan encik cupid ke atas empunya diri ini.
kenapa kah encik cupid telah menembak saya menggunakan pistol tatau model apa, tepat di hati ini? dan tidak lagi menggunakan panah arjuna, senjata tradisional encik cupid itu?

sungguh kejam encik cupid.

mentang-mentang ni bulan februari.
bulan cinta kunun-kunun nya.

tak semena-mena encik cupid menembak saya.
bull's eye lak tu.

saya cedera parah ni.
dikatakan mengalami sindrom terjatuh dan tercinta.
para doktor yang cerdik pandai lagi bijaksana pun tak mampu merawat hati ini yang semakin parah.
perlukan seseorang untuk merawatnya.

tolong saya!

tiada yang benar melainkan yang benar belaka,
lisa farhana yang sengal.


p/s: alamat surat-menyurat terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab peribadi.

a question without an answer, yet.

aku ada soalan.
and soalan tu aku tak dapat jawab.
hingga ke hari ini.

soalan bernilai satu juta hinggit; berbunyi begini (disertai sound effect who wants to be a millionare~):

adakah aku bermain dengan perasaan atau perasaan yg bermain dengan aku?

ini soalan berbentuk structure/essay. jadi tiada jawapan multiple choice disediakan.

sesiapa ada jawapan nya. sila maklumkan pada ku.

sekian, terima kasih.

p/s: aku kempunan ayam golek yang bergolek-golek. ;P